miztery Ngah Ibrahim

Aisey, luper lak nak citer..

Menurut kata penolong kurator Muzium Matang @ bekas kediaman Allahyarham Ngah Ibrahim, sejak kebelakangan ini perkara misteri nusantara mula berlaku didalam rumah ini.. paling terbaru, menurut beliau bekas katil Allahyarham yang berada di tingkat atas yang mana tempat itu adalah kawasan larangan sebelum ini telah berselerak pada waktu paginya, seolah ada yg tidur diatasnya pada waktu malam...tak tau lar kebenaran cerita ini... Apa apa pun serahkan semuanya kepada Allah. Yang pergi telah pun pergi. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui......

------------------------------------------------------------------------------------------------

note : Arwah Ngah Ibrahim memang byk bantu Sultan dulu. Kekayaan dia memang melimpah ruah sebab kedudukan rumah dia yang strategik.. menjadi laluan para pedagang. Diberi hak memungut cukai.

Taat setia kepada pemerintah,
Demi mempertahankan kedaulatan negeri,
Berkomplot bersama dlm membanteras penjajah,
Membantu rakyat saban hari.

Bila kekayaan melimpah ruah,
Timbul rasa khuatir pada pihak satu lagi,
Maka perjanjian dibuat dgn penjajah,
Mengurangkan kuasa Org Kaya Menteri.

Setelah komplot bunuh JWW Birch berjaya.......

Sokongan rakyat melimpah ruah,
Menimbulkan rasa gusar di dlm hati,
Putar belit angkara penjajah,
Lantas dihukum buang negeri.

Al-Fatihah

------------------------------------------------------------------------------------------------

Menurut kata pakar sejarah, kapal bahtera bayu telah diambil oleh cina Pulau Pinang setelah tidak berapa lama Menteri Ngah Ibrahim telah dihalau dari tanah melayu.. Alasan yg diberikan oleh cina tersebut, Menteri Ngah Ibrahim ada hutang dengannya... oleh itu, lesaplah kapal mashur itu... tak tau la apa yang jadi dengan kapal tersebut setelah bertukar tangan...

apasal pulak sultan kene bayo hutang cina2 tu.. err...

nie citernya... semuanya bermula dengan peperangan larut yg pertama.. angkara kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San...

Pergaduhan berlaku pada julai 1861 apabila kongsi gelap Hai San cuba merosakkan tali air kongsi gelap Ghee hin yang menyebabkan seorang daripada puak Ghee Hin terbunuh. Puak Hai San sekali lagi melakukan serangan secara mengejut ke atas puak Ghee Hin diKlian Baru dan merampas harta bendanya. Serangan ini menyebabkan seramai 1000 orang puak Ghee Hin lari ke Pulau Pinang untuk menemui ketuanya Lee Ah Kun dan mendapatkan bantuan daripada Residen British. Dengan itu, satu rombongan pasukan polis telah dihantar untuk membuat penyiasatan.dan hasil siasatan mendapati puak Hai San bersalah.

Lee Ah Kun membuat aduan kepada Kerajaan Inggeris untuk meminta ganti rugi daripada Sultan Perak sebanyak $17,447.04(Ringgit Negeri-Negeri Selat).Tuntutan tesebut telah dibayar oleh Che Ngah Ibrahim kerana peperangan itu berlaku dalam kawasan beliau. Orang-orang Ghee Hin kembali ke lombong mereka di Klian Baru. Sultan Jaafar menganugerahkan gelaran Orang Kaya Menteri kepada Che Ngah Ibrahim sebagai membalas jasanya.